Wednesday 26 November 2014

Ulasan Ringkas Movie 'Monster University'

Aku baru tengok citer Monster University minggu lepas. Bagi aku, apa yang menarik tentang citer ni adalah berkaitan dengan 'mind set' terhadap sistem pendidikan selain daripada nilai persahabatan dan optimistik (berfikiran positif). 

Mike Wazowski dan James P. Sullivan di akhir cerita berjaya memperoleh pencapaian yang ditanggapi mereka sebagai 'kejayaan' melalui jalan yang tak pernah monster lain lalui. Setiap monster di Monster University mengimpikan kejayaan menjadi monster 'legend' paling menakutkan, sedangkan Mike dan Sullivan akhirnya dibuang universiti namun menjadi pekerja cemerlang bermula di bahagian penghantaran surat sehingga menempa pelbagai lagi 'kejayaan' seterusnya yang langsung takde kena mengena dengan tafsiran kejayaan monster-monster lain iaitu menjadi monster yang paling menakutkan.

Tafsiran 'kejayaan' itu berbeza-beza bagi setiap insan. Tapi sebagai Muslim, selain berdestinasikan redha Tuhan, kejayaan sentiasa berkait dengan sumbangan memartabatkan Islam di mana-mana lapangan dan peringkat. Apalah guna merasa sudah berjaya atau dikatakan 'orang berjaya' tapi tidak langsung terfikir untuk buat apa-apa kepada ummah.

"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam." (Allahyarham Ustaz Fadzil Nor)

Pesanan lazim para karkun, "Fikir umat, tuan-tuan".

Berprinsip Bukan Keras Kepala

Berprinsip tu bukan keras kepala sehingga langsung tak mahu berubah. Kalau dah jelas yang dipegang selama ini salah, perlulah berubah.

Pahala dan Dosa Tanggung Sendiri

Kalau kita tengok pertandingan berpasukan, markah biasanya dinilai berdasarkan
pencapaian keseluruhan pasukan tersebut, bukanlah berdasarkan pencapaian
individu-individu dalam pasukan.

Tetapi nilaian Allah adalah pada SETIAP hamba-hambaNya. Kebersamaan
bersama kelompok, jemaah atau geng yang baik sebenarnya untuk MENDORONG
individu menjadi insan yang lebih baik, bukanlah boleh menyelamatkan individu
tersebut daripada azab Allah akibat dosa-dosa yang dia sendiri lakukan biarpun
dia duduk bersama orang-orang yang baik.

Pahala dan dosa kita, kita tanggung sendiri, beb

Fardhu 'Ain dan Intelektual

Kenapa nak sinis dengan agamawan yang komited dan fokus dengan penekanan dalam hal-hal Fardhu 'Ain dan kesedaran asas-asas Islam sahaja? Intelektual memang nampak gah, tapi kalau solat dan baca Quran pun tak betul, nak kerek apa.

"Fikir Umat Tuan-Tuan"

Kalam "fikir umat" yang sering ditekankan oleh para karkun sebenarnya sangat besar maknanya kepada umat Islam. Hari ni ramai yang belajar agama, faham agama dan beramal dengan agama tapi tak pernah langsung fikir tentang masalah umat. Itu baru dalam konteks dakwah. Melihat kepada kerangka masalah umat yang lebih besar, sebenarnya pelbagai perkara yang sangat perlu kita buat dan sumbangkan kepada masyarakat sama ada dengan ILMU, KEMAHIRAN dan KUDRAT diri.

Hari ni pun banyak usaha-usaha kesukarelawanan yang dilaksanakan secara komited sebagai tanda atau bukti bahawa mereka yang terlibat mempunyai FIKIR tentang susah dan senang insan-insan lain. Apa yang penting, sekurang-kurangnya kita ini tidak hanya memikirkan untuk kebahagiaan hidup kita sahaja semata-mata.

"Fikir umat, tuan-tuan..."

Salafi, Sufi dan Syaitani

Kawan aku pernah citer:

"Ada dua orang pelajar agama suka berdebat. Sorang ni suka back up Salafi dan hentam Sufi, sorang lagi pulak suka back up Sufi dan kutuk Salafi. Terkadang kedua-duanya seolah-olah mewakili Salafi dan Sufi. Satu hari, dua orang pelajar ni terkantoi tengah bergayut dengan awek."

Kawan aku berseloroh:

"Time tu kedua-duanya mewakili Syaitani."

Reaktif Kondem

Kita sangat reaktif untuk kondem program-program orang lain (itu pun kat Facebook jela, keyboard warrior). Tidak sesungguh untuk menganjurkan atau terlibat dengan program-program yang bermanfaat untuk ummah dan masyarakat.

Kita malas. Kita suka bahagia sendiri-sendiri.

Berfungsi Dalam Masyarakat

Berfungsi dalam masyarakat ni banyak caranya. Ada LEVEL yang paling semua generasi muda dalam kalangan mahasiswa, graduan dan golongan bekerja MAMPU buat walaupun sangat MALAS dan SIBUK.

Jawapannya, sekali-sekala buatlah PROGRAM untuk masyarakat setempat dengan konsisten dan berfokus sama ada program kecil ataupun besar.

Tapi aku tengok ramai yang hanya mendiamkan diri semasa CUTI dan DAH JADI GRADUAN walaupun masa kat kampus sangat aktif dan sering ke depan.

Tak kurang juga yang telah berpeluang menyambung pengajian ke LUAR NEGARA. Besar tanggungjawab pulang semula ke negara sendiri. Perlu cari ke mana nak disalurkan ilmu dan pengalaman berharga di luar negara tu.

Perkara yang aku cakap ni pun tak kritis mana dan tak tertentu untuk mana-mana kelompok sama ada daie, aktivis mahupun mana-mana jemaah perjuangan. Semua orang boleh faham dan buat. Sebab aku tak sukakan EKSKLUSIF. Jadi, aku suka sentuh perkara atau tahap semua manusia mampu MEMAHAMI dan MERASAINYA.

Aku tak tuju mana-mana individu. Sekadar luahan minda je berdasarkan pemerhatian terhadap aktivisme dan usaha dakwah generasi muda di daerah aku. Lagipun, perihal menyumbang kepada masyarakat ni jugaklah yang buat aku sentiasa dalam dilema dan buat aku tak semangat nak konvo. Haha.

"Aku rasa aku sangat malas dan tak pandai tapi aku selalu fikir nak buat sesuatu untuk masyarakat."

:: In YOUTH we LEARN, within COMMUNITY we SERVE ::

Dua Kelaziman Yang Berdosa

Ada dua macam KELAZIMAN yang kelihatannya agak ramai yang sudah terlibat dan menjadi satu kebiasaan tanpa disedari mengundang dosa.

Pertama, mereka yang terlibat sebagai PHOTOGRAPHER yang mengambil foto kaum wanita yang tidak menutup aurat. 

Kedua, MEMUAT NAIK (UPLOAD) gambar sendiri yang lengkap menutup aurat bersama kawan-kawan yang tidak menutup aurat di laman sosial.

Kita perlu memelihara maruah diri, memelihara maruah orang lain. Kita juga perlu menjaga dosa pahala diri, menjaga dosa pahala orang lain. Saham bersama, beb.

Sama-sama renungkan dan fikirkan.

Kaki Lawak Yang Menjengkelkan

Buat kaki lawak dan asyik main-main je.

Aku tak pasti. Cuma aku rasa sesuatu yang kita inginkan keseriusan dan kita telah penat lelah memikirkannya atau mengaturkannya tapi direspon dengan "main-main", sambil lewa atau melawak sudah tentu akan mengundang kemarahan atau menyakitkan hati. Itu dikira melawak tak bertempat. Aku rasa semua orang patut dan akan marah. Aku pernah buat kesilapan ni dulu dan aku harap aku tak buat dah.

Melawak memang cool dan fungsinya pun untuk menggembirakan tapi kena bertempat. Sensitif dengan perasaan orang lain.

Ke aku silap...

Rela Mengikut Dari Meneraju

Melihat perkembangan dasyat di universiti-universiti, aku meneliti mahasiswa dan graduan di tempat aku. Indikator aku tak tinggi sebab aku jugak sangat lemah di kampus. Bagi kiraan aku, cukup sekadar mahasiswa ini ada MINAT untuk berfikir, berbincang dan merancang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan ummah. Cukup sekadar tu. Namun, tak ramai yang menawarkan diri untuk ke depan, serius berfikir dan brainstorm untuk merancang usaha yang berkesan dan melaksanakan program tertentu. Rata-rata yang ada kesedaran pun biasanya yang terlibat dengan USRAH dan AKTIVISME di kampus masing-masing. Ni apa yang aku nampakla. Selebihnya "rela mengikut dari meneraju".

Pakcik Tua Berperangai Buruk

Lah: "Mat, kau cuba tengok pakcik tua tu. Solat langsung tidak, baca Quran tak pandai, asyik mencarut pulak tu. Jem betol... Semua orang bengang dengan sikap buruk dia."

Mat: "Hm, agak-agak kau, kenapa dia jadi camtu, Lah?"

Lah: "Erm, entahla."

Mat: "Dia yang sekarang tu CERMINAN HIDUP semasa dia muda, Lah. Kau dapat agak kan camne perangai dia masa dia muda-muda dulu bila tengok dia yang sekarang?"

Lah: "Hmm... Betul la, Mat.."

Mat: "Sama-sama kita manfaatkan masa muda kita, Lah."

Lah: (nanges)

‪#‎kisahbenarrumahorangtuaraub‬

Nenek Yang Diganggu Makhluk Halus

Minah: "Nek, malam-malam nenek boleh tidur tak?"

Nek Jah: "Tak boleh sangat, nak. Malam-malam nenek selalu kena ganggu dengan makhluk halus. Macam-macam benda nenek nampak kalau nak tidur malam."

Minah: "Ye ke??? Nenek bacalah Quran kat rumah. Kasi benda-benda tu lari dan tak ganggu nenek."

Nek Jah: "Nenek tak pandai baca Quran, nak..."

Minah: "Tak pandai langsung ke, nek? Nenek solat tak?"

Nek Jah: "Memang tak pandai langsung, nak. Solat pun nenek tak ingat bacaannya. Dulu suami nenek sempat ajar sikit je, nak, sebelum dia meninggal dunia."

Minah: "Hm. Patutla nenek senang kena ganggu dek makhluk halus. Erm, sabar ye, nek. Nanti saya bantu nenek apa yang patut."

‪#‎kisahbenarrumahorangtuaraub‬

Pakcik Tua Yang Suka Menyanyi Dan Mengaji Kuat-Kuat

Karim: "Jai, kau tengok pakcik tua tu. Kejap menyanyi, kejap mengaji. Kuat pulak tu. Tadi aku bawak dia pergi makan roti canai, tak pasal-pasal dia mengaji kuat-kuat kat kedai makan tu. Huhu. Apahal dia jadi camtu ek?"

Jai: "Erm, dia tak inject ubat dekat dua bulan, Rim. Tu dia jadi macam tak berapa waras tu. Kesian gak aku tengok dia."

Karim: "Laa... Yeke? Kesiannya. Tapikan, aku pelikla. Dia mengaji ayat-ayat Quran tu surah-surah panjang weh. Tak silap aku, surah al-Kahfi tu abes dia baca tanpa tengok Quran. Yassin pun dia hafal, beb."

Jai: "Pergh. Yeke? Aku dengar dia nyanyi lagu P. Ramlee je. Haha. Tak sangka ek. Camne dia boleh ingat sampai sekarang? Aku tengok dia biasa-biasa je."

Karim: "Erm, aku rasakan, dia memang biasa melazimi baca ayat-ayat Quran tu sejak dulu lagi la. Yang nyanyi tu aku no komen. Mungkin dia minat lagu-lagu jugak zaman muda-muda dia. Hehe."

Jai: "Betul tu. Kagum gak aku. Itulah kesan amalan yang dah jadi darah daging dia kan. Sampai bila ada gangguan mental pun dia masih boleh ingat lagi ayat-ayat al-Quran."

‪#‎kisahbenarrumahorangtuaraub‬

Cara Hapuskan Benci Kat Orang

Kawan aku pernah pesan sambil genggam penumbuk kat dada,

"Cara kau nak hapuskan kebencian kau kat seseorang, kau selalulah puji kebaikan dia kat orang ramai tanpa pengetahuan dia."

Yey, Dapat Masuk U!

Tahniah adik-adik dan kawan-kawan yang dapat masuk U. Dah masuk U, jangan buat banyak benda yang kamu still boleh buat walaupun tak masuk U. Huhu. (tumbuk muka sendiri)

Yang tak dapat masuk U, jalan menuju impian bukan hanya ada satu.

Yang pinjam PTPTN, baik kamu belajar betul-betul sampai dapat first class. Jangan banyak main. (menelungkupkan kepala)

Sebut pasal U, aku suka giler idea mewujudkan universiti jalanan (universiti luar universiti). Tapi tula, aku malas. Kamu patut tengok 3 Idiots untuk cuba memahami orang yang belajar untuk pandai dan berbakti kepada masyarakat, bukan untuk sijil dan ijazah semata-mata.

Kau Tahu Kau Di Jalan Yang Salah, Mereka Di Jalan Yang Betul

Bila kau rasa banyak buat dosa, kau tinggal solat, kau buat maksiat, kemudian kau menjauhi kawan-kawan kau yang soleh sebab rasa hina, hampeh, tak berguna, dan tak bebas untuk buat dosa, sebenarnya kau silap besar.

Kau pun tau sebenarnya kau di pihak yang salah dan kawan-kawan soleh kau di pihak yang betul untuk menuju redha Tuhan. Kau keliru yang mana satu KEMANISAN IMAN, yang mana satu pula KESERONOKAN MAKSIAT.

Hero Tak Selalunya Betul, Penjahat Tak Selalunya Salah

Kau mesti pernah tengok HERO lawan PENJAHAT dalam mana-mana citer kan? Kalau citer bersiri, biasanya HERO dengan PENJAHAT akan berlawan setiap episod dan PENJAHAT akan sentiasa berada di pihak yang salah dan kalah. Tapi sedar tak kau, pihak yang sentiasa baik seperti HERO dalam sesebuah citer tak semestinya selalu betul dan sentiasa berada di pihak yang benar?

Contoh citer simple, citer Tom & Jerry. Tom terkenal sebagai watak PENJAHAT atau antagonis. Tapi dalam episod-episod tertentu (sangat jarang la), Jerry si tikus kelihatannya berada di pihak yang salah, buat jahat kat Tom, dan pengakhirannya dia kalah. Manakala Tom pulak mencapai kemenangan, kejayaan dan kebahagiaan.

Begitu jugaklah sebenarnya dalam realiti hidup kita. Kebenaran tak semestinya sentiasa bersama orang-orang yang selalu baik dan betul. Adakalanya dalam isu, kes atau konflik tertentu, pihak yang sentiasa benar mungkin berada di pihak yang salah, manakala pihak yang selalunya salah berada pula di pihak yang benar. Cuma yang pastinya, kebenaran itu sudah tentu selalu bersama orang-orang yang baik dan sukakan kebenaran.

Maka, di situlah letaknya prinsip dan konsistennya kita dalam keadilan.

"Kebenaran bukan hak milik terpelihara mana-mana insan. Tetapi dimiliki setiap insan yang ingin memilikinya"

Otoriti

Zarip: "Manap, kau setuju tak kalau aku cakap Cikgu Afiq genius dalam ilmu Sains?"

Manap: "Memang setuju la. Dia memang power giler Sains."

Zarip: "Tapi mustahil lah dia tak pernah salah, betul tak? Sebab dia manusia biasa jugak macam kita."

Manap: "Yela, memang betul pun cakap kau tu. Pastu, kenapanya?"

Zarip: "Takde lah. Jadinya, bolehlah aku atau sesiapa sahaja pertikai pendapat dia dalam perbahasan ilmu Sains. Sebab pendapat dia bukan gerenti betul punya."

Manap: "Memanglah boleh. Takde masalah pun. Tapi kau kena sedar dan faham dahulu kenapa kau perlu memulakan pertikaian terhadap dia dengan penuh rasa hormat dan rendah diri. Sebabnya, kebarangkalian untuk dia betul jauh lebih tinggi dan kebarangkalian untuk dia salah pulak jauh lebih rendah berbanding kau dan orang lain."

Zarip: "Ye tak ye jugak kan. Kebarangkalian aku dan orang lain yang tak sepandai dia untuk betul sudah tentu jauh lebih rendah dan kebarangkalian untuk kami yang banyak tak tahu berbanding dia untuk salah pulak jauh lebih tinggi."

Manap: "Yep. Jadi, dia dikira lebih berotoriti lah berbanding orang lain dalam bidang Sains. Begitu jugaklah kalau kita tengok keahlian dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Hari ni orang duk pertikai para ulamak terdahulu dan sekarang tak maksum, mesti banyak salah dan silap. Habes depa ingat, depa lagi betul la? Para ulamak memanglah tidak maksum dan tidak terlepas dari berbuat silap. Tapi kecenderungan mereka untuk betul dan tepat dalam bidang mereka sudah tentulah jauh lebih tinggi berbanding orang-orang awam. Disiplin ilmu ni kan ada kaedah-kaedahnya tersendiri. Ditambah pulak teguhnya hubungan mereka dengan Allah SWT. Allahuakbar, Tuhan Semesta Alam."

Zarip: "Betul, betul dan betul. Kesimpulannya, konsep otoriti atau keahlian dalam sesuatu bidang sememangnya sangat penting, kan manap? Jika tiada lagi otoriti, maka rosaklah sesebuah ilmu tu. Sebab semua orang boleh bagi pandangan tanpa penguasaan sesuatu ilmu."

Manap: "Kau sememangnya pemanah yang hebat macam Cikgu Afiq. Hehe."