Wednesday 19 February 2014

Tiada "First Time", Tiadalah Yang Seterusnya

Jika tiada yang pertama, tiadalah kedua, ketiga dan seterusnya.
Jika tidak mula, maka tiadalah kesinambungan seterusnya.
"First time" itu lazimnya dipenuhi dengan kekurangan dan masalah.

Satu, dua, tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit, segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat.


"Madam" Lebih Berhikmah Dari "Ustaz dan Ustazah"

Saya menyatakan kehairanan saya kepada bekas madam saya di KIPSAS tentang mengapa kebanyakan tenaga-tenaga pengajar Bahasa Inggeris yang saya temui sangat berusaha menjaga perasaan student dan berusaha memahami kondisi student-student yang lemah. Setiap tutur ayat teguran dan nasihat disusun rapi supaya tidak menyinggung atau membuatkan student down dengan English.

Madam saya jawab: 

"Sebab selalunya, English lecturers berkelulusan 'Degree/Master/PhD of Education (TESL)' yang mana, antara matapelajaran yang perlu diambil adalah psychology, counselling dan teaching methodology yang mengambil kira dan menitikberatkan latar belakang pelajar, umur, kecekapan bahasa dan sebagainya. Kami bukan belajar bahasa Inggeris sahaja, tapi method mengajar. Sebab tu lah kami jadi 'sangat understanding' dan tak perlu nak marah-marah yang lemah..."

Saya rasa agamawan juga perlu belajar PSYCHOLOGY, COUNSELLING dan TEACHING METHOLOGY...



Kasta Dalam Arena Yang Melibatkan Orang Agama

Apabila penghormatan terhadap orang 'alim terpakai dalam arena politik dan arena program realiti, kelihatan ada kasta dan ketidakadilan pada arena tersebut. 

Menteri yang 'alim perlu penuh adab untuk dikritik tetapi menteri-menteri yang lain tidak mengapa. Peserta Pencetus Ummah yang 'alim perlu penuh adab untuk dikritik dan perlu ahli agama yang jadi pengkritik tapi peserta-peserta Pencetus Ummah yang lain tidak mengapa.

'Ini tidak adil, tidak adil bagiku.." (Yuna)


Agamawan: Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

Memahami konsep ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah mungkin dapat mengelakkan kita: 

1) Menyalahkan agamawan semata-mata dalam segala hal dan masalah. 

2) Menyedarkan kita bahawa agamawan memerlukan orang-orang berkemahiran dalam bidang lain untuk menyelesaikan hal-hal tertentu termasuk hal agama yang bersifat semasa.




Sombong VS Jaga Ikhtilat

Perlu bezakan SOMBONG dengan JAGA IKHTILAT. Neracanya bukan pada persepsi manusia tapi syariat. Tapi tak dinafikan, jaga ikhtilat selalunya memang mengundang persepsi "kamu sombong" segelintir orang. Cuma tak boleh samakan JAGA IKHTILAT itu adalah MENYOMBONGKAN DIRI. Kesannya, selagi tak digelar sombong tak dikira jaga ikhtilat? 

Tulisan

Tulisan, 

boleh berkesan pada AKAL dan HATI. 

Mengubah cara fikir, mengubah sikap dan sangkaan terhadap sesuatu. 

Membentuk PRINSIP AKAL dan PRINSIP HATI yang lebih adil.

Fungsi Ceramah Dan Tazkirah Umum

Ceramah dan tazkirah umum bukan untuk lahirkan ulamak atau ilmuan agama. Ia berfungsi sebagai menghidupkan hati yang lalai, mengukuhkan Fardhu Ain, membentuk pemikiran berasaskan Islam dan memberi kesedaran.

Ilmuan agama lahir melalui sistem pengajian yang terperinci dan tersusun serta berguru.

So, jangan cakap camni:

"Ustaz.. Saya tak pernah miss kuliah Maghrib ustaz, saya harap saya akan jadi ulamak tak lama lagi..."

Program Realiti Melahirkan Ustaz dan Ustazah

Jika mahu program realiti TV yang melahirkan ustaz dan ustazah, pesertanya memang adalah ustaz dan ustazah. Manakala program itu sekadar menggilap kemahiran dan mengenengahkan mereka kepada masyarakat.

Daie tak wajib jawab hukum hakam kalau dia memang tak tahu.

Interpretasi Cinta Rasulullah S.A.W

Sangat suka, kagum dan teruja melihat generasi muda sibuk dengan usaha memartabatkan Islam, pembudayaan intelektual, melakukan kerja-kerja kebajikan, mengangkat politik yang adil dan pelbagai lagi perkara lain yang dilihat baik. 

Ujian yang kuat buat generasi muda adalah keasyikan kepada CINTA dan HIBURAN.

Interpretasi saya terhadap cinta kepada Rasulullah S.A.W.

Hero Agama

Kita tak perlu jadi "HERO" untuk membela dan memartabatkan agama tetapi saling bekerjasama dan lengkap-melengkapi.

Banyak kerja, banyak bidang, banyak lapangan, banyak kawasan, banyak peringkat dan banyak tuntutan semasa. Kita cuba isi mana yang memerlukan sumbangan kita mengikut kemampuan yang kita ada.

"Kita" itu adalah INDIVIDU dan JEMAAH.

Banyak Isu Datang Serentak

Kita sekarang ni semakin mudah untuk mendapatkan maklumat semasa melalui Facebook, Twitter dan lain-lain lagi menyebabkan kita dapat mengetahui banyak isu dan masalah masyarakat dalam masa yang sama. Semua isu pulak dilihat penting dan perlukan perhatian ramai. 

Masing-masing perjuangkan isu masing-masing. Orang agama dengan isu agamanya. Orang politik dengan isu politiknya. Orang pendidikan dengan isu pendidikannya. Semuanya penting.

Saya rasa kita tak perlu menyalahkan mana-mana isu yang dibangkitkan tetapi sama-sama berusaha untuk take part semampunya dan cari jalan penyelesaian untuk masalah-masalah yang timbul.

Lapangan Orang 'Alim

Jangan salahkan orang-orang `alim jika masanya hanya dipenuhi dengan mengajar kitab-kitab agama, tidak terjun ke lapangan-lapangan yang lain. 

Begitu juga kita yang tak `alim ni, kita pula tak mampu untuk mengajar kitab-kitab agama kepada masyarakat. Jadi, kita bawa masyarakat dekat dengan orang-orang `alim.

Sinergi.

Janji Allah

Moga dapat mententeramkan jiwa-jiwa yang terlibat.

Ustazah Aqilah kata:

"Allah tak janjikan orang yang bernikah akan dikurniakan ZURIAT.

Allah tak janjikan orang yang bekerja siang malam akan dikurniakan KEKAYAAN.

Tapi Allah janjikan orang yang menunaikan dan menjaga solat akan dikurniakan KEJAYAAN.

Hayya 'alas solah
Hayya 'alal falah"

Jatuh Cinta Pada Yang Baik

Cinta remaja.

Bukan salah jatuh cinta. 
Jatuh cinta pula pada yang baik. 
Cuma belum tibanya masa.
Jadi, sibukkanlah diri dengan hal-hal yang lain dulu.

Saya ABANG, bukan NAQIB. 

Garisan Penamat Penguasaan Fardhu Ain

Meneliti garisan paling minimum tuntutan Fardhu Ain setiap muslim yang harus diketahui dan diselesaikan.

Dah settle, bolehla fokus hal-hal lain.

Tak settle lagi, boleh beriringan dengan hal-hal lain sambil selesaikan tuntutan Fardhu Ain.

Saya rasa, tak semua individu Islam perlu menyibukkan diri dengan ilmu-ilmu agama sahaja.

Diskusi Laman Maya: Berfokus dan Beradab

Dialog, perbincangan, dan perdebatan secara realiti lebih hampir dengan penyelesaian dan menjauhi salah faham berbanding di alam maya.

Perbincangan, perdebatan dan perbahasan di laman maya yang berkesan hanya dengan BERADAB dan BERFOKUS.

Dua masalah utama perbincangan di Facebook ialah TIDAK BERADAB dan TIDAK BERFOKUS.

KEYBOARD WARRIOR dangkal di mana-mana...

Figure Centric

Kawan saya peminat setia dan sangat kagum dengan Ustaz Azhar Idrus. Dalam masa yang sama, dia mendengar dan mengambil kira juga pandangan-pandangan tokoh agama lain terutamanya yang selalu kontra dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus.

Keutamaan Sistem Pendidikan

Kualiti pemerintah dan rakyat sesebuah negara sangat bergantung kepada sistem pendidikan negaranya. Sistem pendidikanlah yang membentuk individu-individu yang terdapat dalam sesebuah negara.

Isu pendidikan antara isu yang sepatutnya menjadi sangat utama bagi sesebuah negara selain isu politik dan ekonomi.

Tutup Aurat Semasa Hidup dan Mati

Setelah kita mati, orang lain yang akan tutupkan aurat kita. Sebab kita dah tak mampu dah nak tutup sendiri. 

Kalau takde orang nak tolong tutupkan pun, kita dah tak dikira bersalah sebab kita memang dah tak mampu untuk tutup sendiri.

Tapi kalau time hidup ni, kita tak mahu tutup aurat, jangan nak salahkan orang lain tak nak tolong tutupkan.

Bukti Sebenar Sayang Ibu Bapa

Seorang kawan pernah beri nasihat:

"Antara tanda benar-benar sayangnya kita kepada mak ayah kita adalah dengan menjadi anak yang soleh dan solehah kepada mereka berdua. 

Doa anak yang soleh dan solehah itu dapat menyelamatkan mak ayah dari diazab di alam barzakh setelah mereka mati. 

Sedang anak yang menjauh dari Allah itu belum tentu mahu berdoa. Yang mahu berdoa terhalang pula dek lumuran dosa."

Bahagiakan Diri Sendiri

Sorang kawan aku pernah mengeluh: 

"Bilalah aku nak rasa macam orang lain rasa? Semua ada... Handphone mahal, kereta ada, awek cun, hidup pun senang lenang. Bahagia je..."

Sorang lagi kawan aku jawab:

"Rasa bahagia ni mahu tak mahu je. Kita tak perlu terikut-ikut dengan perkara yang membahagiakan orang lain. Ko boleh bahagiakan diri ko dengan apa yang ko ada sekarang. Dan ingatlah, rasa bahagia tu datang dari Allah, maka taatlah dengan Dia, ko akan bahagia, bro."

Titik Mula

Ye. Biasanya bila ibadah kita makin teruk, makin banyak bergelumang maksiat dan kehidupan dah tak mencerminkan kehidupan seorang muslim yang baik, kita akan malu dan akan menjauhi kawan-kawan kita yang soleh. 

Gi la masjid satu waktu fardhu atau duduk dalam majlis ilmu. Kau akan tenang dan kembali mencari akhirat, teman. InsyaAllah.

Carilah masjid bila rasa berdosa. 
Bukan cari yang melalaikan supaya dapat menghilangkan rasa berdosa.

TITIK MULA untuk kembali mencari redha Tuhan.

Luar Biasa Tapi Tak Didasari Keimanan

Tak semua perbuatan hebat, luar biasa dan mengujakan seperti kuat bekerja, positif dalam hidup, tak gentar dalam berjuang, banyak menyumbang harta kekayaan dan selalu bekorban untuk kepentingan insan lain didasari KEIMANAN, PENGHAYATAN DALAM AGAMA dan PENGGANTUNGAN KEPADA ALLAH. 

Itulah antara asas penting yang membezakan perbuatan baik yang diredhai Allah dengan perbuatan baik seperti debu-debu yang berterbangan, pahala yang dilontar semula ke muka dan muflis di akhirat.

Muhasabah.

Cuba tengok filem pendek "Rokok dan Kopiah" oleh Mat Luthfi ni:http://www.youtube.com/watch?v=Ev18Uv06l7c