Wednesday 26 November 2014

Ulasan Ringkas Movie 'Monster University'

Aku baru tengok citer Monster University minggu lepas. Bagi aku, apa yang menarik tentang citer ni adalah berkaitan dengan 'mind set' terhadap sistem pendidikan selain daripada nilai persahabatan dan optimistik (berfikiran positif). 

Mike Wazowski dan James P. Sullivan di akhir cerita berjaya memperoleh pencapaian yang ditanggapi mereka sebagai 'kejayaan' melalui jalan yang tak pernah monster lain lalui. Setiap monster di Monster University mengimpikan kejayaan menjadi monster 'legend' paling menakutkan, sedangkan Mike dan Sullivan akhirnya dibuang universiti namun menjadi pekerja cemerlang bermula di bahagian penghantaran surat sehingga menempa pelbagai lagi 'kejayaan' seterusnya yang langsung takde kena mengena dengan tafsiran kejayaan monster-monster lain iaitu menjadi monster yang paling menakutkan.

Tafsiran 'kejayaan' itu berbeza-beza bagi setiap insan. Tapi sebagai Muslim, selain berdestinasikan redha Tuhan, kejayaan sentiasa berkait dengan sumbangan memartabatkan Islam di mana-mana lapangan dan peringkat. Apalah guna merasa sudah berjaya atau dikatakan 'orang berjaya' tapi tidak langsung terfikir untuk buat apa-apa kepada ummah.

"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam." (Allahyarham Ustaz Fadzil Nor)

Pesanan lazim para karkun, "Fikir umat, tuan-tuan".

Berprinsip Bukan Keras Kepala

Berprinsip tu bukan keras kepala sehingga langsung tak mahu berubah. Kalau dah jelas yang dipegang selama ini salah, perlulah berubah.

Pahala dan Dosa Tanggung Sendiri

Kalau kita tengok pertandingan berpasukan, markah biasanya dinilai berdasarkan
pencapaian keseluruhan pasukan tersebut, bukanlah berdasarkan pencapaian
individu-individu dalam pasukan.

Tetapi nilaian Allah adalah pada SETIAP hamba-hambaNya. Kebersamaan
bersama kelompok, jemaah atau geng yang baik sebenarnya untuk MENDORONG
individu menjadi insan yang lebih baik, bukanlah boleh menyelamatkan individu
tersebut daripada azab Allah akibat dosa-dosa yang dia sendiri lakukan biarpun
dia duduk bersama orang-orang yang baik.

Pahala dan dosa kita, kita tanggung sendiri, beb

Fardhu 'Ain dan Intelektual

Kenapa nak sinis dengan agamawan yang komited dan fokus dengan penekanan dalam hal-hal Fardhu 'Ain dan kesedaran asas-asas Islam sahaja? Intelektual memang nampak gah, tapi kalau solat dan baca Quran pun tak betul, nak kerek apa.

"Fikir Umat Tuan-Tuan"

Kalam "fikir umat" yang sering ditekankan oleh para karkun sebenarnya sangat besar maknanya kepada umat Islam. Hari ni ramai yang belajar agama, faham agama dan beramal dengan agama tapi tak pernah langsung fikir tentang masalah umat. Itu baru dalam konteks dakwah. Melihat kepada kerangka masalah umat yang lebih besar, sebenarnya pelbagai perkara yang sangat perlu kita buat dan sumbangkan kepada masyarakat sama ada dengan ILMU, KEMAHIRAN dan KUDRAT diri.

Hari ni pun banyak usaha-usaha kesukarelawanan yang dilaksanakan secara komited sebagai tanda atau bukti bahawa mereka yang terlibat mempunyai FIKIR tentang susah dan senang insan-insan lain. Apa yang penting, sekurang-kurangnya kita ini tidak hanya memikirkan untuk kebahagiaan hidup kita sahaja semata-mata.

"Fikir umat, tuan-tuan..."

Salafi, Sufi dan Syaitani

Kawan aku pernah citer:

"Ada dua orang pelajar agama suka berdebat. Sorang ni suka back up Salafi dan hentam Sufi, sorang lagi pulak suka back up Sufi dan kutuk Salafi. Terkadang kedua-duanya seolah-olah mewakili Salafi dan Sufi. Satu hari, dua orang pelajar ni terkantoi tengah bergayut dengan awek."

Kawan aku berseloroh:

"Time tu kedua-duanya mewakili Syaitani."

Reaktif Kondem

Kita sangat reaktif untuk kondem program-program orang lain (itu pun kat Facebook jela, keyboard warrior). Tidak sesungguh untuk menganjurkan atau terlibat dengan program-program yang bermanfaat untuk ummah dan masyarakat.

Kita malas. Kita suka bahagia sendiri-sendiri.