Wednesday 26 November 2014

Ulasan Ringkas Movie 'Monster University'

Aku baru tengok citer Monster University minggu lepas. Bagi aku, apa yang menarik tentang citer ni adalah berkaitan dengan 'mind set' terhadap sistem pendidikan selain daripada nilai persahabatan dan optimistik (berfikiran positif). 

Mike Wazowski dan James P. Sullivan di akhir cerita berjaya memperoleh pencapaian yang ditanggapi mereka sebagai 'kejayaan' melalui jalan yang tak pernah monster lain lalui. Setiap monster di Monster University mengimpikan kejayaan menjadi monster 'legend' paling menakutkan, sedangkan Mike dan Sullivan akhirnya dibuang universiti namun menjadi pekerja cemerlang bermula di bahagian penghantaran surat sehingga menempa pelbagai lagi 'kejayaan' seterusnya yang langsung takde kena mengena dengan tafsiran kejayaan monster-monster lain iaitu menjadi monster yang paling menakutkan.

Tafsiran 'kejayaan' itu berbeza-beza bagi setiap insan. Tapi sebagai Muslim, selain berdestinasikan redha Tuhan, kejayaan sentiasa berkait dengan sumbangan memartabatkan Islam di mana-mana lapangan dan peringkat. Apalah guna merasa sudah berjaya atau dikatakan 'orang berjaya' tapi tidak langsung terfikir untuk buat apa-apa kepada ummah.

"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam." (Allahyarham Ustaz Fadzil Nor)

Pesanan lazim para karkun, "Fikir umat, tuan-tuan".

No comments:

Post a Comment