Monday, 10 September 2012

'BAIK' Di Sisi Allah

Produk yang sepatutnya terhasil daripada perjalanan sebuah TARBIYAH itu ialah SOLEH WA MUSLEH. Seorang insan yang bukan sahaja 'BAIK' tapi mampu menjadikan orang lain 'BAIK'. 

"Definisi 'BAIK' yg diletak oleh manusia tak sama dengan definisi 'BAIK' yang telah tertulis oleh hukum Tuhan." (Versus - Hlovate)



Keadilan Itu Meneliti Hakikat

KEADILAN itu sifatnya halus dan teliti. Tidak pula TERGESA-GESA apatah lagi PUKUL RATA. KEADILAN itu juga lebih cenderung kepada yang MENGENALI.

Misalnya, tidak adil menghukum anak muda yang selalu memicit-micit Blackberry kepunyaannya itu terlalu asyik dengan dunia sedangkan pada hakikatnya beliau sedang asyik membelek-belek laman ilmiah, membaca mesej perjuangan dan mengukuh ukhuwah dengan keluarga tercinta.

Dibandingkan pula dengan anak muda yang hebat berpenampilan Islamik dipuja-dipuji sedangkan 24 jam seharian hidupnya sibuk dengan hal-hal duniawi.

:: KEADILAN itu meneliti HAKIKAT ::




Sunday, 9 September 2012

PUTIH Dan HITAM Dalam Hidup


Hidup ini bukan hanya ada PUTIH dan HITAM. Masih ada warna-warna di antara keduanya seperti MERAH, UNGU, KELABU, BIRU dan lain-lain lagi.

PUTIH <----------------> HITAM

Jika kita sifatkan PUTIH itu melambangkan ORANG PALING BAIK manakala HITAM itu pula mewakili ORANG PALING JAHAT, kita harus faham bahawa tidak hanya ada ORANG PALING BAIK dan ORANG PALING JAHAT dalam dunia ini. 

Masih ada lagi orang yang belajar-belajar nak jadi baik, belajar-belajar nak jadi jahat, tak berapa nak baik, tak berapa nak jahat, kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, baik sikit-sikit, dan jahat sikit-sikit.

Tidak sama kadar KEBAIKAN dan KEJAHATAN seseorang.

Maka, jangan kita cepat MENGHUKUM, PUKUL RATA dan mengkategorikan orang hanya kepada dua jenis sahaja. Kalau tak HITAM, mesti PUTIH. Kalau tak PUTIH, mesti HITAM.

Semoga kita lebih memahami INSANI.