Produk yang sepatutnya terhasil daripada perjalanan sebuah TARBIYAH itu ialah SOLEH WA MUSLEH. Seorang insan yang bukan sahaja 'BAIK' tapi mampu menjadikan orang lain 'BAIK'.
"Definisi 'BAIK' yg diletak oleh manusia tak sama dengan definisi 'BAIK' yang telah tertulis oleh hukum Tuhan." (Versus - Hlovate)
Monday, 10 September 2012
Keadilan Itu Meneliti Hakikat
KEADILAN itu sifatnya halus dan teliti. Tidak pula TERGESA-GESA apatah lagi PUKUL RATA. KEADILAN itu juga lebih cenderung kepada yang MENGENALI.
Misalnya, tidak adil menghukum anak muda yang selalu memicit-micit Blackberry kepunyaannya itu terlalu asyik dengan dunia sedangkan pada hakikatnya beliau sedang asyik membelek-belek laman ilmiah, membaca mesej perjuangan dan mengukuh ukhuwah dengan keluarga tercinta.
Dibandingkan pula dengan anak muda yang hebat berpenampilan Islamik dipuja-dipuji sedangkan 24 jam seharian hidupnya sibuk dengan hal-hal duniawi.
:: KEADILAN itu meneliti HAKIKAT ::
Misalnya, tidak adil menghukum anak muda yang selalu memicit-micit Blackberry kepunyaannya itu terlalu asyik dengan dunia sedangkan pada hakikatnya beliau sedang asyik membelek-belek laman ilmiah, membaca mesej perjuangan dan mengukuh ukhuwah dengan keluarga tercinta.
Dibandingkan pula dengan anak muda yang hebat berpenampilan Islamik dipuja-dipuji sedangkan 24 jam seharian hidupnya sibuk dengan hal-hal duniawi.
:: KEADILAN itu meneliti HAKIKAT ::
Sunday, 9 September 2012
PUTIH Dan HITAM Dalam Hidup
Hidup ini bukan hanya ada PUTIH dan HITAM. Masih ada warna-warna di antara keduanya seperti MERAH, UNGU, KELABU, BIRU dan lain-lain lagi.
PUTIH <----------------> HITAM
Jika kita sifatkan PUTIH itu melambangkan ORANG PALING BAIK manakala HITAM itu pula mewakili ORANG PALING JAHAT, kita harus faham bahawa tidak hanya ada ORANG PALING BAIK dan ORANG PALING JAHAT dalam dunia ini.
Masih ada lagi orang yang belajar-belajar nak jadi baik, belajar-belajar nak jadi jahat, tak berapa nak baik, tak berapa nak jahat, kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, baik sikit-sikit, dan jahat sikit-sikit.
Tidak sama kadar KEBAIKAN dan KEJAHATAN seseorang.
Maka, jangan kita cepat MENGHUKUM, PUKUL RATA dan mengkategorikan orang hanya kepada dua jenis sahaja. Kalau tak HITAM, mesti PUTIH. Kalau tak PUTIH, mesti HITAM.
Semoga kita lebih memahami INSANI.
Saturday, 23 June 2012
Ustaz Azhar Idrus - Saya Cintakan Beliau Kerana Allah
“Tak taula kenapa, dalam hilai tawa jutaan
manusia semasa kuliah beliau, beberapa kali aku berasa sebak kerana tersentuh
dan kagum melihat cara Ustaz Azhar Idrus 'memujuk' anak-anak muda kepada mengenal
Allah, Rasulullah dan agama. Beliau sememangnya inspirasi buat anak-anak muda.
Kuliah agama beliau jauh sekali sekadar jenaka semata-mata seperti didakwa
segelintir pembencinya. Sejujurnya, aku memperolehi HIBURAN, ILMU dan KEINSAFAN
dari kuliah-kuliah beliau yang menyeronokkan.” (Fahmi Ahmad Dusuki : 2.00am, 24 Jun 2012)
Hari ini saya berkesempatan ke Masjid KUIS untuk menghadiri
kuliah Ustaz Azhar Idrus. Ini merupakan kuliah beliau yang ketiga dapat saya
hadiri – sekali di Masjid al-Fattah (Kuantan), sekali di Masjid Hasanah dan
sekali juga di Masjid KUIS. Alhamdulillah. Cukup terharu melihat
kebanjiran manusia khususnya anak-anak muda yang sering mendominasi kuliah agama
beliau sejak beberapa tahun ini. Saya cukup yakin bahawa kehadiran anak-anak muda ini bukanlah semata-mata ingin
mendengar lawak jenaka ustaz tetapi mereka mengharapkan kalam-kalam inspirasi
dari ustaz untuk mereka memperbaiki diri agar menjadi hamba Allah yang baik.
Inspirasi yang sangat santai lagi menyentuh jiwa.
“Sape lagi hebat, Rasulullah ke presiden dunia?”
“Al-Quran ke surat khabar lagi hebat?”
“Belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai baca Al-Quran,
bodo!!!”
Itulah antara contoh perbandingan dan teguran sinis oleh ustaz pada malam itu yang
menyuntik keimanan anak-anak muda serta masyarakat. Contoh yang beliau berikan
sangat dekat dengan masyarakat; Angry Birds, JKK, awek, Power Rangers, Spiderman
dan lain-lain lagi. Apa yang sangat mencuit hati saya adalah apabila ustaz
‘mempergunakan’ golongan agamawan seperti dan imam dan bilal untuk digandingkan dengan
contoh-contoh yang memang ‘tak sesuai langung’ dengan mereka dari kebiasaannya
seperti tok imam main angry bird, tok bilal tengok awek, tok siak sedih tak
berbini. Saya sangat jelas bahawa gandingan jenaka ini bukanlah bahan yang
merepek tetapi nak menunjukkan bahawa agamawan ini sebenarnya manusia biasa lantas dapat menghapuskan gap yang tebal antara golongan agamawan dengan anak-anak muda yang ‘nakal’.
Satu perkara lagi yang sangat menarik hati saya juga adalah
kehebatan Ustaz Azhar Idrus menghurai kitab-kitab turath dengan metod yang
mudah difahami untuk diaplikasi. Beliau sebenarnya cuba memberitahu kepada
anak-anak muda dan masyarakat bahawa agama ini mudah dan semua orang mampu
untuk mengamalkan agama dengan baik. Teringat saya kupasan beliau tentang Sifat
20 yang saya kira agak complicated untuk mereka yang baru hendak mendalami ilmu
agama. Kupasan beliau lebih kurang berbunyi:
“Hebat macammanapun sampai dapat hafal dan syarah Sifat 20
tapi takde rasa takut kat Tuhan, tak guna jugak. Yang penting kalau tak faham
Sifat 20 secara mendalam sekalipun, dapat bina rasa takut pada Allah, itu adalah
lebih baik. Sebab Allah tak tanya pasal Sifat 20 kat dalam kubur tapi Allah
tanya siapa Tuhan kamu?”
Ya, saya memang merasa sebak semasa kuliah beliau tadi secara
tiba-tiba walaupun pada ketika itu sebenarnya Ustaz Azhar Idrus sedang
berjenaka tentang Al-Quran. Betapa beliau ingin memberitahu kepada masyarakat
yang tidak pandai Al-Quran supaya belajar Al-Quran walaupun usia sudah lanjut.
Kaedahnya berjenaka dan tegas tetapi sangat meransang para hadirin untuk
benar-benar beriltizam dalam mendekatkan diri dengan Al-Quran. Jangan pernah
malu untuk bertatih-tatih dengan Al-Quran dan agama.
Dan yang keduanya, saya sebak kerana
tersentuh melihat fenomena anak-anak muda khususnya di bandar besar seperti
Bandar Baru Bangi yang sudah mula ‘sanggup’ untuk mendalami ilmu agama. Lihat
sahaja kerancakkan maksiat dan gejala sosial lagi sesat yang berlaku di
sekitar bandar-bandar besar kita, tidak pula terbayang di ruang fikiran saya bahawa anak-anak muda moden ini boleh tertarik dengan pengajian agama sehebat ini.
Beliaulah inspirasi anak muda! Allahuakbar!!!
Thursday, 14 June 2012
Parti Politik Sekadar Parti Politik
Sistem demokrasi moden adalah satu sistem yang mempamerkan perlawanan antara parti-parti politik dalam memenangi pilihanraya. Sistem yang memberi mandat sepenuhnya kepada rakyat dalam menjadi hakim kepada parti-parti politik ini telah lama bertapak di negara-negara Islam tidak terkecuali Malaysia. Kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki pada tahun 1924 telah mencetuskan satu perubahan besar dalam menentukan penguasa atau pemerintah sesebuah negara terutamanya negara Islam. Ringkasnya, sistem demokrasi melalui pilihanraya ini menjadi sistem utama bagi hampir seluruh negara di dunia sejak daripada itu.
Justeru, parti-parti politik yang bertanding terus bertungkus-lumus memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Maka wujudlah golongan-golongan yang melancarkan pelbagai usaha yang jauh menyimpang dari kebenaran demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya atau kata mudahnya ialah 'main kotor'. Lumrah ini sudah pasti akan terus berlaku tanpa noktah kerana prinsip "parti politik sekadar parti politik" merupakan pegangan teguh para aktor politik di pentas pilihanraya kerana sememangnya itulah sifat atau peranan parti politik, semata-mata memenangi pilihanraya.
Saya kira "parti politik sekadar parti politik" sudah tentu tidak wujud di dalamnya agenda DAKWAH atau menyampaikan Islam kepada masyarakat dan juga agenda MENDIDIK pendukung-pendukungnya ke arah kebaikan apatah lagi mendidik mereka menjadi hamba Allah yang baik. Sebaik-baik "parti politik sekadar parti politik" adalah yang terdapat di dalamnya agenda KEADILAN dan KETELUSAN.
Lantas, gerakan-gerakan Islam mutakhir ini yang berakar umbikan pengaruh para tokoh pemikir Islam sebaik sahaja kejatuhan Khilafah Islamiyah yang lalu telah membawa satu fenomena baru dalam sistem demokrasi di setiap negara yang mengamalkannya. Prinsip "parti politik sekadar parti politik" telah menerima satu kunjungan baru apabila elemen TARBIYAH dan DAKWAH turut sama menjadi fokus dalam memenuhi agenda sesebuah parti politik Islam. Ringkasnya dari sudut istilah Islam, parti politik tersebut sekadar memenuhi agenda siasah semata-mata iaitu mementingkan keadilan dan ketelusan kepada rakyat. Elemen tarbiyah yang dimaksudkan adalah wujudnya satu sistem dalam sebuah parti politik bagi membentuk para pendukung atau ahlinya menjadi insan yang bukan sahaja profesional malah beragama. Lebih lagi terpandu pula sistem tersebut apabila para ulamak menjadi pimpinan atau majlis tertinggi parti tersebut. Elemen dakwah pula adalah misi menyampaikan Islam kepada masyarakat. Maka, wujudlah penerapan rasa tanggungjawab bagi setiap ahlinya untuk menyebarkan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat dengan pelbagai wasilah dan medium yang bersesuaian seperti program dan ceramah.
Lalu, bagaimana pula kriteria-kriteria yang perlu ada bagi "parti politik sekadar parti politik" yang mengasingkan sistem mendidik dan tuntutan dakwah Islamiyah ini dari agenda parti mereka dalam berperanan menjadi parti politik yang baik? Dan sudah tentunya parti tersebut tidak meletakkan agama sebagai teras atau dasarnya. Saya berpandangan bahawa sebuah parti politik yang baik adalah parti yang meletakkan keadilan yang jitu buat rakyat dan telus dalam menyampaikan maklumat kepada mereka. Namun, timbul persoalan bahawa bagaimana boleh terhasilnya sebuah parti politik yang baik tanpa pemimpin dan pendukungnya yang baik? Dan bagaimana pula mampu sebuah parti politik yang tidak berteraskan agama mampu terus konsisten menjadi parti yang baik? Teman-teman mampu memikirkannya.
Wednesday, 13 June 2012
Cinta Kita Yang Bermusim...
Fitrah cinta itu sememangnya dimiliki setiap makhluk bernama manusia. Manusia tidak dapat hidup tanpa cinta. Cinta itu adalah darah daging manusia. Namun, pendefinisian cinta yang pelbagai menjadi pemisah utama antara cinta yang diredhai dan dimurkai oleh Tuhan. Istilah cinta seolah-olah sudah menjadi ketetapan 'khas' buat sesama manusia sahaja. Masakan tidak, lihat saja kebanjiran post-post cinta di ruangan Facebook, Twitter dan teman-teman sejenisnya. Lebih malang lagi, ada juga yang melestarikan cinta sesama jantina yang jauh lebih hina dari fitrah binatang! Astaghfirullah.
"Cinta kita kepada Allah itu bagaikan BERMUSIM... Kita hanya mencintai-Nya di masa-masa tertentu sahaja... Sungguh TIDAK TAHU MALU sifat cinta ini..."
Ya, cinta kita kepada Allah. Itu yang sepatutnya menjadi fokus manusia. Keimanan ummah yang terus merapuh setelah zaman berganti zaman menyebabkan bicara cinta Ilahi sudah teramat asing bagi mereka. Malah, tidak terbayang langsung di fikiran mereka bagaimana mungkin mereka boleh 'bercinta' dengan Pencipta-Nya. "Mustahil!!! Bercinta itu semestinya perlu ada luahan hati, berdua-duaan dan sentuhan. Lalu, bagaimana boleh berlakunya prinsip cinta terhadap Pencipta?!" Begitulah terasingnya cinta Ilahi dari jiwa-jiwa manusia.
Ringkasnya teman-teman, sudah semestinya kita tidak boleh menyamakan cinta sesama makhluk itu dengan cinta kepada Allah yang Maha Tinggi. Itu asasnya, Namun, secara mudahnya kita boleh mengertikan cinta kepada Allah itu adalah sejauh mana kita telah menjadi hamba yang taat, hamba yang bersyukur dan hamba yang bertaqwa kepada-Nya.
Ku sering melanggar larangan-Mu... Dalam SEDAR ataupun TIDAK...
Ku sering meninggalkan suruhan-Mu... Walau sedar aku milik-Mu...
Ku sering BERJANJI depan-Mu... Sering jua ku MEMUNGKIRI...
Ku pernah MENANGIS kerana-Mu... Kemudian KETAWA semula...
Subscribe to:
Posts (Atom)