Saturday, 9 February 2013
Thursday, 7 February 2013
Ada Beza Taksub Dengan Ihtiram
Saya rasa ada perbezaan antara TAKSUB terhadap ulamak dengan IHTIRAM (memuliakan) ulamak.
Taksub itu satu perbuatan melampau.
Memuliakan itu satu tuntutan.
Taksub itu satu perbuatan melampau.
Memuliakan itu satu tuntutan.
Menyamaratakan Setiap Manusia
Saya tidak pasti dengan MENYAMARATAKAN setiap
manusia untuk dikritik dan ditegur adalah tindakan yang benar dan adil
dalam Islam. Misalnya, seorang kawan dan juga bapanya berbuat kesalahan
yang sama, adakah sama BENTUK teguran terhadap keduanya? Begitu jugalah
bagaimana sikap yang betul bagi orang awam apabila berhadapan dengan
ulamak yang berbuat kesilapan.
Bersyukur dan Bimbang Membawa Islam
Saya sangat bersyukur kalau orang nampak Islam ketika
melihat saya sedang berbuat sesuatu KEBENARAN. Tetapi, apa yang paling
saya bimbang adalah apabila orang menggambarkan Islam ketika melihat
saya sedang melakukan sesuatu yang SALAH.
Buang Masa Besar-Besaran
Kalaulah pernikahan yang INDAH itu boleh
sahaja berlaku tanpa perlakuan mengorat, perkenalan panjang,
jiwang-jiwang dan percintaan romantik sebelum bernikah (COUPLE), maka
bolehlah kita bermuhasabah bahawa kita sedang MEMBUANG MASA sedangkan
tanpa perbuatan tersebut pun, pernikahan yang baik dapat DICAPAI.
Tempoh masa PERCINTAAN SEBELUM NIKAH itu sebenarnya boleh disibukkan dan diisi dengan ibadah, pencarian ilmu dan perbuatan-perbuatan yang lebih diredhai Allah. Jelaslah, anak-anak muda kita memang sedang diuji dengan perbuatan membuang masa yang BESAR.
Tempoh masa PERCINTAAN SEBELUM NIKAH itu sebenarnya boleh disibukkan dan diisi dengan ibadah, pencarian ilmu dan perbuatan-perbuatan yang lebih diredhai Allah. Jelaslah, anak-anak muda kita memang sedang diuji dengan perbuatan membuang masa yang BESAR.
Halal dan Haram Itu Jelas
KETAATAN itu jelas, KEMAKSIATAN itu jelas.
Tinggal kita nak buat atau tinggalkan je.
Berdoa kepada Allah agar diberi kefahaman dan kekuatan.
Orang Zalim Takutkan Kecerdikan
Orang-orang yang ZALIM itu senang menzalimi
orang-orang yang BODOH dan TIDAK MENGETAHUI.
Orang-orang yang ZALIM sudah tentu sangat bimbang apabila orang-orang yang dizaliminya makin CERDIK dan MENGETAHUI.
Masakan tidak, KEZALIMANNYA akan terbongkar, KEZALIMANNYA akan ditentang.
Orang-orang yang ZALIM sudah tentu sangat bimbang apabila orang-orang yang dizaliminya makin CERDIK dan MENGETAHUI.
Masakan tidak, KEZALIMANNYA akan terbongkar, KEZALIMANNYA akan ditentang.
Monday, 4 February 2013
Semua Orang Boleh Jadi Soleh dan Solehah
"Semua Orang Boleh Jadi Soleh & Solehah"
Title SOLEH dan SOLEHAH itu bukan hak milik insan-insan tertentu
sahaja. Setiap insan berpeluang memegang title SOLEH dan SOLEHAH dengan
menjadi hamba Allah yang baik.
Para Pendakwah Juga Boleh Hanyut
Dunia telah hampir tenggelam dengan lautan
dosa. Ramai yang sudah lemas dan hanyut dengan lautan dosa. Para
pendakwah ibarat penyelamat yang turut sama berada dalam lautan
tersebut. Silap-silap, mereka juga boleh turut sama tenggelam dan
hanyut. Carilah bahtera (jemaah) agar terus istiqomah dalam
menyelamatkan manusia.
Mengikis Taksub
Saya berpandangan usaha mengikis gejala TAKSUB
terhadap individu, kelompok dan aliran tertentu merupakan usaha yang
sangat baik dalam melahirkan masyarakat Islam yang bijak dan hebat.
Antara Tazkirah Facebook dan Keluarga
Membantu keluarga mengemas rumah, memasak,
sidai kain, lipat baju dan sebagainya LEBIH UTAMA daripada TAZKIRAH AGAMA berjam-jam di Facebook.
Islam Sebagai Sistem
10 jutawan Islam yang diikat dengan ukhuwah
Islamiyah, menceburi pelbagai bidang sehingga berjaya membina kota raya
Angsana yang SANGAT MAJU lagi BERSYARIAT. Membangun bersama Islam,
membangun dengan Islam. Islam bukan sekadar di masjid, bahkan Islam
menjadi sebuah SISTEM di kota raya Angsana.
Novel 'HERO' by Hilal Asyraf
Novel 'HERO' by Hilal Asyraf
Bukan Kerana Berpeluang
Kita meninggalkan maksiat kerana TAKWA. Kita
meninggalkan maksiat bukan kerana kita tidak berpeluang untuk
melakukannya atau tidak terdedah kepada maksiat itu.
Kalau bukan kerana TAKWA yang sebenar, mungkin apabila BERPELUANG buat maksiat atau ada KESEMPATAN, kita akan lakukan maksiat dan meninggalkan kebaikan.
[ Buku R&R di Lebuh Raya Kehidupan (Ustaz Zul Ramli M. Razali) ]
Kalau bukan kerana TAKWA yang sebenar, mungkin apabila BERPELUANG buat maksiat atau ada KESEMPATAN, kita akan lakukan maksiat dan meninggalkan kebaikan.
[ Buku R&R di Lebuh Raya Kehidupan (Ustaz Zul Ramli M. Razali) ]
Kebenaran Dari Yang Salah
KEBENARAN itu kadang-kadang tidak hanya keluar
dari mulut orang-orang yang selalu benar. Terkadang KEBENARAN itu turut
datang dari mereka yang selalunya menyatakan yang tidak benar. Kita
perlu ADIL dalam segala perkara.
Sunday, 3 February 2013
Pendekatan Tidak Berhikmah
Saya kurang bersetuju pendekatan keras seperti
menempelak qasidah, alunan zikir-zikir munajat, lagu-lagu nasyid
keinsafan dan karya-karya penulisan Islami dengan alasan kenapa tidak
terus membawa ummah kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH? Ramai sahaja yang
kembali kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH melalui jalan-jalan ini. Mahu apa
lagi? Konsert, program, pesta dan karya maksiat masih berleluasa itu bagaimana pula?
Subscribe to:
Posts (Atom)