Berjuanglah di mana-mana lapangan dan
peringkat, asalkan tertegaknya (menang) Islam di mana-mana peringkat sama ada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Usah selalu mempersoalkan usaha-usaha pihak lain walhal persoalan-persoalan
itu sekadar memberi mileage (kelebihan) kepada musuh-musuh dan golongan
munafik yang ingin melihat Islam tertindas dan lemah. Menimbulkan
persoalan demi mententeramkan ketaksuban dan salah faham itu okeyla.
Tapi biarlah tak merugikan Islam dan tak menimbulkan perbalahan sesama
mereka yang ingin melihat Islam sentiasa di atas.
Monday, 28 January 2013
Saturday, 12 January 2013
Cemburu vs Dunia Sendiri
Penting juga membandingkan diri dengan orang lain agar dapat membina 'cemburu' untuk jadi LEBIH BAIK. Kalau asyik sahaja dengan DUNIA SENDIRI tanpa melihat ketaqwaan, kerendahan hati, penat lelah perjuangkan agama, dan kelebihan-kelebihan yang lain orang di SEKELILING, sampai bila-bilalah hidup dalam dunia sendiri dan rugi.
Genius Dalam Bidang Agama
Bidang AGAMA tidak boleh menjadi bidang sampingan atau 'buangan'. Bidang agama hari ini juga perlu dipenuhi pelajar-pelajar yang 'straight A's', genius, cerdik pandai dan segelaran dengannya. Barulah dapat melahirkan RAMAI ilmuan agama yang berkualiti, intelek, semasa, terkehadapan dan berhikmah.
Aku Hanya Ada Sekarang
Kalau rindu dengan KESOLEHAN yang dulu, kita tak dapat kembali lagi ke masa itu untuk memperolehinya. Kalau menyesal pula dengan KEMAKSIATAN yang dulu, kita juga tak dapat kembali lagi ke saat itu untuk menghindarinya. Kita adalah kita yang SEKARANG. Sentiasa berpeluang untuk memilih jalan ke SYURGA atau NERAKA.
"Ya Rabbi ya, ku pinta HIDAYAHMU meneruskan SISA usiaku"
Monday, 10 September 2012
'BAIK' Di Sisi Allah
Produk yang sepatutnya terhasil daripada perjalanan sebuah TARBIYAH itu ialah SOLEH WA MUSLEH. Seorang insan yang bukan sahaja 'BAIK' tapi mampu menjadikan orang lain 'BAIK'.
"Definisi 'BAIK' yg diletak oleh manusia tak sama dengan definisi 'BAIK' yang telah tertulis oleh hukum Tuhan." (Versus - Hlovate)
"Definisi 'BAIK' yg diletak oleh manusia tak sama dengan definisi 'BAIK' yang telah tertulis oleh hukum Tuhan." (Versus - Hlovate)
Keadilan Itu Meneliti Hakikat
KEADILAN itu sifatnya halus dan teliti. Tidak pula TERGESA-GESA apatah lagi PUKUL RATA. KEADILAN itu juga lebih cenderung kepada yang MENGENALI.
Misalnya, tidak adil menghukum anak muda yang selalu memicit-micit Blackberry kepunyaannya itu terlalu asyik dengan dunia sedangkan pada hakikatnya beliau sedang asyik membelek-belek laman ilmiah, membaca mesej perjuangan dan mengukuh ukhuwah dengan keluarga tercinta.
Dibandingkan pula dengan anak muda yang hebat berpenampilan Islamik dipuja-dipuji sedangkan 24 jam seharian hidupnya sibuk dengan hal-hal duniawi.
:: KEADILAN itu meneliti HAKIKAT ::
Misalnya, tidak adil menghukum anak muda yang selalu memicit-micit Blackberry kepunyaannya itu terlalu asyik dengan dunia sedangkan pada hakikatnya beliau sedang asyik membelek-belek laman ilmiah, membaca mesej perjuangan dan mengukuh ukhuwah dengan keluarga tercinta.
Dibandingkan pula dengan anak muda yang hebat berpenampilan Islamik dipuja-dipuji sedangkan 24 jam seharian hidupnya sibuk dengan hal-hal duniawi.
:: KEADILAN itu meneliti HAKIKAT ::
Sunday, 9 September 2012
PUTIH Dan HITAM Dalam Hidup
Hidup ini bukan hanya ada PUTIH dan HITAM. Masih ada warna-warna di antara keduanya seperti MERAH, UNGU, KELABU, BIRU dan lain-lain lagi.
PUTIH <----------------> HITAM
Jika kita sifatkan PUTIH itu melambangkan ORANG PALING BAIK manakala HITAM itu pula mewakili ORANG PALING JAHAT, kita harus faham bahawa tidak hanya ada ORANG PALING BAIK dan ORANG PALING JAHAT dalam dunia ini.
Masih ada lagi orang yang belajar-belajar nak jadi baik, belajar-belajar nak jadi jahat, tak berapa nak baik, tak berapa nak jahat, kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, baik sikit-sikit, dan jahat sikit-sikit.
Tidak sama kadar KEBAIKAN dan KEJAHATAN seseorang.
Maka, jangan kita cepat MENGHUKUM, PUKUL RATA dan mengkategorikan orang hanya kepada dua jenis sahaja. Kalau tak HITAM, mesti PUTIH. Kalau tak PUTIH, mesti HITAM.
Semoga kita lebih memahami INSANI.
Subscribe to:
Posts (Atom)






