Wednesday, 26 November 2014

Salafi, Sufi dan Syaitani

Kawan aku pernah citer:

"Ada dua orang pelajar agama suka berdebat. Sorang ni suka back up Salafi dan hentam Sufi, sorang lagi pulak suka back up Sufi dan kutuk Salafi. Terkadang kedua-duanya seolah-olah mewakili Salafi dan Sufi. Satu hari, dua orang pelajar ni terkantoi tengah bergayut dengan awek."

Kawan aku berseloroh:

"Time tu kedua-duanya mewakili Syaitani."

Reaktif Kondem

Kita sangat reaktif untuk kondem program-program orang lain (itu pun kat Facebook jela, keyboard warrior). Tidak sesungguh untuk menganjurkan atau terlibat dengan program-program yang bermanfaat untuk ummah dan masyarakat.

Kita malas. Kita suka bahagia sendiri-sendiri.

Berfungsi Dalam Masyarakat

Berfungsi dalam masyarakat ni banyak caranya. Ada LEVEL yang paling semua generasi muda dalam kalangan mahasiswa, graduan dan golongan bekerja MAMPU buat walaupun sangat MALAS dan SIBUK.

Jawapannya, sekali-sekala buatlah PROGRAM untuk masyarakat setempat dengan konsisten dan berfokus sama ada program kecil ataupun besar.

Tapi aku tengok ramai yang hanya mendiamkan diri semasa CUTI dan DAH JADI GRADUAN walaupun masa kat kampus sangat aktif dan sering ke depan.

Tak kurang juga yang telah berpeluang menyambung pengajian ke LUAR NEGARA. Besar tanggungjawab pulang semula ke negara sendiri. Perlu cari ke mana nak disalurkan ilmu dan pengalaman berharga di luar negara tu.

Perkara yang aku cakap ni pun tak kritis mana dan tak tertentu untuk mana-mana kelompok sama ada daie, aktivis mahupun mana-mana jemaah perjuangan. Semua orang boleh faham dan buat. Sebab aku tak sukakan EKSKLUSIF. Jadi, aku suka sentuh perkara atau tahap semua manusia mampu MEMAHAMI dan MERASAINYA.

Aku tak tuju mana-mana individu. Sekadar luahan minda je berdasarkan pemerhatian terhadap aktivisme dan usaha dakwah generasi muda di daerah aku. Lagipun, perihal menyumbang kepada masyarakat ni jugaklah yang buat aku sentiasa dalam dilema dan buat aku tak semangat nak konvo. Haha.

"Aku rasa aku sangat malas dan tak pandai tapi aku selalu fikir nak buat sesuatu untuk masyarakat."

:: In YOUTH we LEARN, within COMMUNITY we SERVE ::

Dua Kelaziman Yang Berdosa

Ada dua macam KELAZIMAN yang kelihatannya agak ramai yang sudah terlibat dan menjadi satu kebiasaan tanpa disedari mengundang dosa.

Pertama, mereka yang terlibat sebagai PHOTOGRAPHER yang mengambil foto kaum wanita yang tidak menutup aurat. 

Kedua, MEMUAT NAIK (UPLOAD) gambar sendiri yang lengkap menutup aurat bersama kawan-kawan yang tidak menutup aurat di laman sosial.

Kita perlu memelihara maruah diri, memelihara maruah orang lain. Kita juga perlu menjaga dosa pahala diri, menjaga dosa pahala orang lain. Saham bersama, beb.

Sama-sama renungkan dan fikirkan.

Kaki Lawak Yang Menjengkelkan

Buat kaki lawak dan asyik main-main je.

Aku tak pasti. Cuma aku rasa sesuatu yang kita inginkan keseriusan dan kita telah penat lelah memikirkannya atau mengaturkannya tapi direspon dengan "main-main", sambil lewa atau melawak sudah tentu akan mengundang kemarahan atau menyakitkan hati. Itu dikira melawak tak bertempat. Aku rasa semua orang patut dan akan marah. Aku pernah buat kesilapan ni dulu dan aku harap aku tak buat dah.

Melawak memang cool dan fungsinya pun untuk menggembirakan tapi kena bertempat. Sensitif dengan perasaan orang lain.

Ke aku silap...

Rela Mengikut Dari Meneraju

Melihat perkembangan dasyat di universiti-universiti, aku meneliti mahasiswa dan graduan di tempat aku. Indikator aku tak tinggi sebab aku jugak sangat lemah di kampus. Bagi kiraan aku, cukup sekadar mahasiswa ini ada MINAT untuk berfikir, berbincang dan merancang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan ummah. Cukup sekadar tu. Namun, tak ramai yang menawarkan diri untuk ke depan, serius berfikir dan brainstorm untuk merancang usaha yang berkesan dan melaksanakan program tertentu. Rata-rata yang ada kesedaran pun biasanya yang terlibat dengan USRAH dan AKTIVISME di kampus masing-masing. Ni apa yang aku nampakla. Selebihnya "rela mengikut dari meneraju".

Pakcik Tua Berperangai Buruk

Lah: "Mat, kau cuba tengok pakcik tua tu. Solat langsung tidak, baca Quran tak pandai, asyik mencarut pulak tu. Jem betol... Semua orang bengang dengan sikap buruk dia."

Mat: "Hm, agak-agak kau, kenapa dia jadi camtu, Lah?"

Lah: "Erm, entahla."

Mat: "Dia yang sekarang tu CERMINAN HIDUP semasa dia muda, Lah. Kau dapat agak kan camne perangai dia masa dia muda-muda dulu bila tengok dia yang sekarang?"

Lah: "Hmm... Betul la, Mat.."

Mat: "Sama-sama kita manfaatkan masa muda kita, Lah."

Lah: (nanges)

‪#‎kisahbenarrumahorangtuaraub‬