Tuesday 7 January 2014

Masa Muda Satu Ujian

Ada seorang kawan ni sangat sibuk dengan ilmu. Seorang lagi ni sangat sibuk sebagai aktivis. Lagi seorang pulak sangat sibuk dengan kerja dakwah. Mereka menghabiskan masa muda mereka dengan penuh perkara-perkara bermanfaat.

Dulu jika ditanya tentang cinta, mereka menjawab: "Saya tiada masa untuk bercinta."

Sekarang apabila sudah bernikah, mereka berkata: "Cinta halal itu membawa pahala dan sudah tentu menjadi manfaat di akhirat kelak..."

Masa muda satu ujian. Istighfar.

Intipati "Harmony Talk: Islam Dan Hubungan Antara Agama" oleh Dr. MAZA

Alhamdulillah. Banyak yang dapat dikutip dari talk bersama Dr. MAZA sebentar tadi.

Antara yang menarik untuk diteliti adalah berkaitan:
- Asal hubungan antara Muslim dengan Non-Muslim adalah perdamaian.
- Perlu beza antara mengiktiraf KEWUJUDAN agama lain dengan mengiktiraf KEBENARAN agama lain.
- "Kafir Harbi" menurut konteks sekarang perlu dirujuk kepada konsep perjanjian damai dalam sesebuah negara dan sesama negara.
- Peranan kerajaan bukan menimbulkan konflik antara agama sebaliknya mewujudkan keharmonian antara agama.

Dr. MAZA juga membangkitkan isu:
- Di Malaysia, kewujudan institusi agama Islam yang banyak selepas merdeka gagal mempromosikan Islam sebagai agama yang baik kepada non-Muslim sedangkan di Eropah yang tidak mempunyai institusi agama Islam yang banyak berjaya meluaskan Islam.
- Terdapat pandangan tentang wujudnya peruntukan zakat bukan sahaja kepada muslim tetapi juga non-muslim.

P/S: takde langsung pun pasal wahabi.

Tanda Aras Keberjayaan Dakwah Terhadap Remaja

Kadang-kadang kita meletakkan tanda aras yang terlalu tinggi dalam keberjayaan dakwah terutama kepada para remaja. Saya teringat pesan ustaz saya masa di sekolah menengah: 

"Remaja baya-baya awak ni, kalau dapat jaga solat lima waktu pun dah alhamdulillah sangat..."

Lagu Cerita Kedai Kopi

Lagu "Cerita Kedai Kopi" oleh Malique, Salam dan DJ Fuzz sebenarnya nak citer tentang perbezaan budaya kedai kopi Malaysia dengan Eropah.

Lazimnya kedai-kedai kopi di Malaysia diisi dengan cerita gossip sensasi pelbagai versi (sudah tentu ada tokok tambah). Manakala kedai-kedai kopi di Eropah berlakunya diskusi-diskusi intelektual.

"di Eropah orang bentang idea,
topik-topik intelektual didiskusi,
anjakan paradigma bila kena kopi..."

Belajar Agama Tanpa Guru

Memang bahaya belajar agama tanpa guru. Hanya belajar melalui pembacaan sendiri, analisis sendiri dan diskusi. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berani, kuat memegang prinsip sendiri dan bersemangat tinggi.

Kita perlu jelas batas dan ruang lingkup yang dibolehkan untuk kita memberi pandangan, membuat kesimpulan hasil diskusi dan berpegangan selepas membuat analisis berkaitan hal agama.

Saya pun tak setuju jika kita menyekat secara total hak untuk memberi pendapat berkaitan isu agama, cumanya kita perlu tau batasnya.

Bagus kot DISKUSI berkaitan agama...

Mendahului Pencarian Dengan Ego

Bila melihat kepada Youtube anak muda yang mempersoalkan keadilan Allah dan keadilan Islam dengan lagak dan lantang, sedangkan jika dia sedikit merendahkan dirinya untuk benar-benar mencari kebenaran, dia pasti bertemu jawabnya. Tapi jika ego dan takabbur mendahului pencarian, bagaimana nak bertemu jalan, jawapan dan pencerahan?

Teringat ayat Allah swt :

(سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ) [Surat Al-Araf : 146]

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."


(Ustaz Hazmi Dibok)

Di Pinggiran Daerah Halal

Memahami batasan yang dibenarkan syarak untuk keperluan diri dan juga orang lain. Kita boleh "syadid" dan "warak" untuk diri kita, tapi tak boleh membataskannya kepada orang lain selagi ianya tidak terkeluar dari batasan yang syarak benarkan.

Menilik-nilik di pinggiran daerah halal. Kelihatan ramai di kawasan itu.

Politik Kepartian

Isu dan masalah dalam negara yang tulen, apabila disentuh oleh orang politik kepartian, ia tiba-tiba menjadi 'busuk' dan 'kelihatan palsu'. Akhirnya, masalah SUKAR DIPERBAIKI kerana kemaruk politik kepartian semakin menggelembung (bubble). 

Akhirnya majoriti ahli akademik, pemikir masyarakat yang berautoriti dan rakyat jelata yang bijak, DILABEL berdasarkan hanya satu dua komen dan cadangan mereka. Ada DILABEL sebagai pembangkang, ada DILABEL sebagai macai kerajaan. Ada yang kedua-duanya sekali. Inilah MUSIBAH manusia jahil di akhir zaman.

Kembalikan kewarasan wahai rakyat, pemimpin, pentadbir dalam kerajaan, pentadbir swasta, pembuat dasar media. JANGAN terus menzalimi kebenaran. Jangan cepat MELABEL, TUKAR, PECAT dan GAM kerana label yang kamu sendiri cipta.

(Dr. Zaharuddin Abdul Rahman)

Obses Bijak Pandai

Kadangnya golongan bijak pandai ni lebih mementingkan hujah mereka dari nilai persahabatan, nilai persaudaraan.

Mereka sibuk menunjukkan yang mereka itu tahu.

Mereka obses dengan fungsi otak sehingga mereka lupa apakah fungsi hati.

(Aktivis Wan Zulhelmi)